SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH 2010

>> Sunday, June 13, 2010

Read more...

SUKAN TAHUNAN SEKOLAH YANG KE 38 2010

>> Sunday, April 11, 2010

Read more...

MAJLIS PENYERAHAN BEG & YURAN SEKOLAH KEPADA MURID MISKIN 2010

>> Thursday, February 4, 2010



Majlis Derma Beg sekolah dan yuran tahunan kepada murid-murid miskin SJK(T) Pondok Tanjong oleh bekas murid SJK(T) Pondok Tanjong En.Thanabalan Murugiah seorang Ahli Perniagaan yang sangat berjaya di Puchong. Beliau juga banyak memberi sumbangan kepada aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Terima Kasih Kepada beliau.


Read more...

MAJLIS PERLANTIKAN PENGAWAS SEKOLAH 2010

Read more...

PROGRAM SEKOLAH 2009

>> Monday, January 11, 2010

Read more...

SAMBUTAN HARI GURU 2009

>> Thursday, May 28, 2009

Read more...

SELAMAT HARI GURU

>> Thursday, May 7, 2009

WARGA SJK(T) PONDOK TANJONG MENGUCAPKAN SELAMAT HARI GURU KEPADA SEMUA WARGA PENDIDIK.

Read more...

UCAPAN SETINGGI-TINGGI TAHNIAH

>> Saturday, April 11, 2009

Read more...

SUKAN TAHUNAN SEKOLAH 2009

>> Monday, April 6, 2009

SUKAN TAHUNAN SEKOLAH TELAH BERLANGSUNG DENGAN JAYANYA PADA 29.03.2009. PIHAK SEKOLAH MENGUCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA PIHAK YANG MEMBERI SUMBANGAN DAN SOKONGAN BAGI MENJAYAKAN SUKAN TAHUNAN YANG KE-37 2009.







Read more...

JEMPUTAN SUKAN TAHUNAN 2009

>> Tuesday, March 24, 2009




Read more...

PUSAT SUMBER SEKOLAH

>> Tuesday, March 10, 2009

Pusat Sumber SJK(T) Pondok Tanjong dibuka rasmikan pada 27.03.2008 oleh Presiden Kelab Rotary Kamunting DR. Sreedharan PHF. MBBS. FAGE (KMC Mangalore).
RAK BUKU

SUDUT BERCERITA

GURU PSS SEKOLAH PN.M.THANALETCHUMY

SUDUT MAKLUMAT PSS

SUDUT NILAM

Read more...

STAF-STAF SJK(T) PONDOK TANJONG

>> Tuesday, March 3, 2009

Read more...

BACKGROUND



I made my layout with the Myspace Background Maker. Get myspace layouts, graphics, and flash toys at pYzam.

Read more...

SEJARAH SEKOLAH

>> Friday, February 13, 2009

Pada tahun 1963, 3 buah sekolah yang masing-masing terletak di Ladang Pondokland, Ladang Pondok Tanjung dan Ladang Merchiston telah di cantum dan dijadikan sebuah sekolah pusat yang diberi nama SRJK(T) Ladang Merchiston, Pondok Tanjung. Sekolah ini terletak lebih kurang 1.5 km dari jalanraya ke Selama, Jalan ke Sekolah ini adalah jalan tanah merah. Jalan ini lecah dan tidak sesuai untuk berjalan. Kadangkala keadaannya teruk apabila dilanda banjir.

Pada tahun1963, jumlah murid yang belajar di sekolah ini ialah 147 orang dan 7 orang guru termasuk seorang guru besar telah bertugas di sekolah ini. Guru besar pada masa itu ialah En.R. Palmani. Lembaga pengurus ialah En.P.P. Nair.
Pada 31 Januari 1964, Menteri Pendidikan pada masa itu iaitu kapt. Hamit Khan telah merasmikan sekolah ini.Pada tahun 31 Disember 1964, Seorang Lembaga Pengurus yang baru En. Ma.Se. Mayathevan telah dilantik untuk menggantikan tempat En. P.P. Nair. Pada masa itu seramai 187 orang murid telah belajar. Pada tahun berikut jumlah murid turun hingga ke 153.

Pada 31 Disember 1967, guru besar En. R. Palmani ditukar ke sekolah lain dan
En. C. Arunasalam, seorang guru kanan telah dilantik mulai 1.1.1968. Pada masa itu juga Lembaga Pengurus En. Ma.Se. Mayathevan meletak jawatan dan telah diganti oleh M.V. Nayagam. Guru Besar En. C. Arunasalam telah bersara pada 5 Mac 1970 dan tempatnya telah diganti oleh En. M.S. Muthusamy dari SJK(T) Ladang Suffolk, Sitiawan.
Pada tahun 1972, Ladang Merchiston telah dijual kepada tuan yang baru dan diberikan nama baru iaitu Ladang Foong Lee. Dengan itu Lembaga Pengurus mengambil keputusan untuk menukar nama sekolah ini. Dengan kebenaran daripada Jabatan Pendidikan Negeri sekolah ini telah diberi nama SRJK(T) Ladang Foong Lee. (Ruj. Bil. (26) dlm J. Pel. PK(AM) 706)
Pada tahun 1973, Persatuan Ibu bapa telah ditubuh dan En. M. Letchumanen dilantik sebagai Yang Dipertua PIBG. Pada tahun 1975, Skim Pinjaman Buku-Buku Teks telah diperkenalkan dan Skim ini telah menyelesaikan masalah buku teks murid-murid miskin. Pada tahun 1978, Rancangan Makanan Tambahan pula bermula dan kesemua murid layak menerima RMT ini. Pada tahun 1979, jumlah murid pun meningkat ke 145 tetapi apabila penanaman pokok kelapa sawit mengganti tanaman pokok getah, maka jumlah murid mula merosot. Ramai ibu bapa kehilangan pekerjaan dan berhijrah ke tempat lain

Ramai murid dari sekolah ini terdiri daripada graduan universiti dan ramai pula menjadi guru. Diantaranya seorang telah melanjutkan pelajaran di United Kingdom.
Pada masa kini jumlah murid terdiri daripada 56 orang, 5 orang tenaga pengajar termasuk seorang guru besar yang berkhidmat. Ada juga seorang Pembantu Rendah N11 dan dua orang tukang kebun yang bertugas di sekolah ini. Lembaga Pengurus ialah En. V. Balakrishnan PJK, AMN.




Read more...

VISI DAN MISI SEKOLAH



VISI SEKOLAH


Dengan kita menuju ke arah kecemerlangan pendidikan, organisasi sekolah adalah fokus utama masyarakat. Kejayaan atau kegagalan dapat dilihat melalui pencapaian sekolah dari segi :

1. Kurikulum
2. Kokurikulum
3. Sahsiah
4. Pengurusan dan Kepimpinan

Cita-cita untuk menjadikan KOMUNITI BERILMU PERAK TERBILANG adalah usaha murni Dato’Pengarah Pelajaran Negeri Perak kita, bukan untuk dijadikan topik perbualan sahaja tetapi satu kesepaduan usaha yang gigih dari pihak yang terlibat dengan pendidikan, adalah sangat diperlukan .

Untuk merealisasikan hasrat dan cita-cita murni KOMUNITI BERILMU PERAK TERBILANG, marilah kita sama-sama memperkenalkan lagi unit-unit yang ada di sekolah kita dan dengan iltizam yang tinggi kita jadikan SJK(T) PONDOK TANJONG –“ THE BEST ”.



MISI SEKOLAH

Memastikan sistem pelajaran berteraskan ilmu pengetahuan bagi melahirkan kecemerlangan yang ingini dalam bidang:

1. Pengurusan dan kepimpinan yang cekap
berkesan, telus dan tulus.
2. Kecemerlangan pelajaran yang berasaskan
penguruan P&P berkualiti serta berkesan.
3. Pembentukan akhlak yang mulia dan
sahsiah yang tinggi.
4. Melahirkan akhlak yang mulia dan sahsiah
yang tinggi.
5. Kokurikulum berasaskan pembinaan jati
diri yang tinggi.

Read more...

MAJLIS PERLANTIKAN PENGAWAS 2009

BACAAN IKRAR OLEH PENGAWAS PSS SEKOLAH

PENYERAHAN SIJIL DAN KAD OLEH GURU BESAR SEKOLAH


PENYERAHAN SIJIL KEPADA KETUA PENGAWAS PSS.


BACAAN IKRAR OLEH PENGAWAS SEKOLAH



PENYERAHAN SIJIL KEPADA PENGAWAS SEKOLAH

PENYERAHAN SIJIL BERSERTA KAD KEPADA KETUA PENGAWAS


MURID-MURID SJK(T) PONDOK TANJONG







Read more...

GAMBAR SJK(T) PONDOK TANJONG

>> Thursday, February 12, 2009


GAMBAR SEKOLAH

Read more...

VOTE IT


  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP